CAKNA CSR MIRIfm 2021


Diterbitkan pada 05 Awi, 2021

“PROGRAM CAKNA CSR MIRIfm 2021” merupakan aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan Hari RTM Ke-75, bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara komuniti / masyarakat setempat dan syarikat-syarikat / Badan Bukan Kerajaan dengan petugas-petugas Jabatan Penyiaran Miri disamping memberi pendedahan berkaitan dengan kepentingan kerja amal dalam masyarakat.

“PROGRAM CAKNA CSR MIRIfm 2021” kali ini ke RPR Permai Miri dengan misi menghulurkan bantuan kepada Adik Puspa Marhima Mahadon, 4 tahun yang mengalami Penyakit Paru-paru kronik. Hadir bersama YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN N75 Senadin , Pegawai Jabatan Kebajikan Malaysia cawangan Miri dan Kelab Rekreasi Mirifm.