• BANNER 1

MiriFm bersama agensi agensi kerajaan

KETTHA

 

BANDAR BARU PERMYJAYA, 10 Mac — Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) akan terus meningkatkan usaha untuk mempromosi dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya amalan dan aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan harian.

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, aplikasi teknologi hijau yang mesra alam merupakan satu langkah yang bijak dalam memelihara sumber alam semula jadi dan menjimatkan penggunaan tenaga.

“Pada masa kini, perubahan cuaca yang dialami amat berkaitan dengan pemanasan global yang memberi ancaman serius kepada integriti persekitaran dan alam sekitar.”

“Hal ini akan memberi kesan kepada manusia dan ekonomi global. Sehubungan itu, kita amat komited untuk mengurangkan intensiti pembebasan karbon dioksida sehingga 40 peratus menjelang 2020,” katanya berucap pada majlis MIRIfm bersama agensi-agensi kerajaan 2012 di Permy Mall, Bandar Baru Permyjaya petang tadi.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Pujut, Andy Chia Chu Fatt.

Chin yang juga Ahli Parlimen Miri berkata, kerajaan berpandangan bahawa teknologi hijau adalah visi ke arah pertumbuhan ekonomi serta menjana sumber kekayaan baru berasaskan pembangunan mapan.

“Saya juga ingin sarankan kepada semua bahawa kita perlu mengkaji kembali berkenaan tatacara kelakuan, gaya hidup dan disiplin kita dalam menjalani kehidupan kerana ini adalah serius dan akan menentukan hala tuju kehidupan generasi akan datang yang akan menerima kesan daripada sikap pembaziran yang tidak mesra alam,” katanya.

Timbalan Pengarah Penyiaran Sarawak, Fee A/P Lin Chew dalam ucapan memberitahu, program Mirifm bersama agensi kerajaan dan swasta 2012 anjurna bersama Mirifm dengan Permy Mall dan disokong oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bertujuan merapatkan hubungan RTM dengan agensi kerajaan dan swasta.

Peristiwa Tempatan Hari Ini

Increase the speed of your site by enabling the RokBooster plug-in. RokBooster can dramatically reduce the number of HTTP calls a browser has to make, and sending those compressed files GZipped means your pages will load faster with less load.

Download: RokBooster

Vinaora Visitors Counter

071610
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
32
19
32
71226
1200
1389
71610

Your IP: 54.198.165.74
Server Time: 2017-09-24 03:51:57

Search Our Site

Waktu Siaran MIRIfm

 

FM98.0 & FM95.7

  • 0800 - 1100  Bahasa Melayu
  • 1100 - 1200  Bahasa Kenyah
  • 1200 - 1500  Bahasa Iban
  • 1500 - 1800  Bahasa Cina
  • 1800 - 2100  Bahasa Melayu