Jelajah Raikan Syawal MIRIfm



Published on 21 May, 2022

Jelajah Raikan Syawal RTM merupakan antara aktiviti baru yang diadakan pada tahun 2022 anjuran RTM dalam menyantuni golongan yang kurang berkemampuan serta membantu keluarga yang memerlukan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penerbit Program Jelajah Raikan Syawal RTM Miri,, Fazrie Basri memberitahu program ini diadakan sebagai dalam usaha RTM meraikan suasana raya serta berkongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan dalam meraikan sambutan syawal bersama-sama dengan penerima sumbangan.

Beliau berkata demikian semasa rombongan Jelajah Raikan Syawal RTM Miri mengunjungi adik Puspa Marhima Ahadon binti Abdullah, berusia 7 tahun seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit paru-paru kronik di kediaman keluarganya di RPR Permyjaya Tudan, Miri hari ini.

Dalam kunjungan tersebut Pengurus Stesen RTM Miri Lydia Paya Rinyud menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah seribu ringgit daripada RTM, kepada adik Puspa.

Selain itu, Kelab Sosial Mirifm turut menyumbangkan barang keperluan harian dan juga bakul makanan kepada keluarga adik Puspa.

Adik Puspa yang hanya bergantung kepada susu khas ini telah dikesan menghidapi penyakit paru-paru kronik sejak berusia dua tahun.

Di samping pergerakan yang terbatas adik Puspa juga bergantung kepada mesin Ventilator untuk bernafas.

Turut hadir Jurutera Penyiaran RTM Miri Mohd Irfan Sanif dan Ketua Unit Rancangan RTM Miri Simon Suti.

SUMBER

Noriza Jau

Berita Ehwal Semasa (BES) RTM Miri