Jelajah Showcase Kembara 76 @ Miri



Published on 11 Nov, 2022

 

Showcase Kembara 76 @Miri ini adalah salah satu daripada  jajaran lokasi Jelajah Showcase Kembara 76 yang dianjurkan oleh RTM Sarawak. Pekarangan Letak Kereta Permymall Miri adalah lokasi ke 3 selepas Julau dan Lawas.  

Penganjuran Showcase Kembara 76 @Miri program adalah untuk memasyarakatkan RTM itu sendiri seterusnya menyantuni peminat-peminat setia RTM. Showcase ini juga salah satu program sambutan Hari RTM yang ke76 tahun ini.  

Sebagai menghargai sokongan Peminat setia kepada RTM selama ini, Showcase ini mengetengahkan barisan artis-artis popular masa kini dan bakat-bakat tempatan dengan rangkaian koleksi lagu popular masing-masing, sekaligus mengimbau nostalgia setiap lagu yang pernah menjadi siulan ramai.  

Pengisian Showcase Kembara 76 @Miri

  1. Mini Studio MIRIfm
  2. Rakaman Rentak
  3. Kugiran Pocket Show
  4. Permainan Misteri Kembara 76

Artis Terlibat membuat persembahan 

  1. Ayai Illusi
  2. A. Rozainie (Klon A. Ramlie, Naib Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006)
  3. Nadia Ross (Finalist Bintang Klasik 2019)
  4. Richard Lee (Finalist ACSJ 2022)
  5. Phoebe Chloe
  6. Rosiana Urai
  7. Bobby Laing
  8. Christine Chua
  9. Vivian Wong