Jelajah Ramadan Mirifm 2023 Laluan 2



Diterbitkan pada 27 Mac, 2023
 
 
 

RTM Miri dan Saberkas Cawangan Piasau dengan kerjasama Unit Saberkas Kampung Lereng Bukit turut menjayakan Program Jerayawara Agihan Bubur Lambuk 2023 di Surau Darul HIDAYATULLAH KAMPUNG LERENG BUKIT bersempena Jelajah Ramadan MIRIfm 2023.

Untuk lokasi kedua Jelajah Ramadan Mirifm 2023 kali ini, warga kerja RTM Miri hadir membantu penduduk Kampung Lereng Bukit memasak bubur lambuk dan menyediakan 1000 bungkus bubur lambuk yang diagih kepada penduduk Dan pengguna jalan raya yang melalui Jalan Miri Pujut bermula jam 4 petang tadi.

Selain itu,pengisian program kali ini juga adalah penyerahan bakul makanan kepada balu-balu seramai 15 orang dari Kampung Lereng Bukit Miri ini.