SANTAI MUDA MUDI MIRIfm 2021 & SHOWCASE GEMA LEGENDA MIRIfm 2021



Diterbitkan pada 31 Okt, 2021

 

 

 

 

 

 

 

 

Program SANTAI MUDA MUDI MIRIfm 2021 dan SHOWCASE GEMA LEGENDA MIRIfm 2021 merupakan terbitan MIRIfm dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak Miri berkonsepkan Konsert Mini Ekslusif yang akan diadakan pada 31 Oktober ini di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak Miri.

Penerbit Bersama Joraini Haji Tamin berkata program SANTAI MUDA MUDI MIRIfm 2021 adalah sebuah program yang mengetengahkan barisan artis-artis popular masa kini dan bakat-bakat tempatan manakala program SHOWCASE GEMA LEGENDA MIRIfm 2021 menampilkan bintang-bintang legenda kelahiran RTM dan penyanyi legenda tanah air dengan rangkaian koleksi lagu popular masing-masing, sekaligus mengimbau nostalgia setiap lagu yang pernah menjadi siulan ramai.

Selain untuk memperkenalkan artis-artis popular tanah air kelahiran RTM, objektif pelaksanaan program adalah bagi mewujudkan silaturahim di antara RTM dan masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menyambut ketibaan para artis jemputan program SANTAI MUDA MUDI MIRIfm 2021 di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri petang tadi.

Katanya untuk pengisian program SANTAI MUDA MUDI MIRIfm 2021 beberapa artis jemputan akan membuat persembahan seperti Rickie Andrewson, Duna Ranggau, Dayana Shini, Klon Amy Search dan Ayai Illusi.

Manakala artis jemputan untuk program SHOWCASE GEMA LEGENDA MIRIfm 2021 pula ialah Zamery Amera, Josephine Jalin, Abdul Rahman Kamaruddin Juara Bintang Melayu Asli Kebangsaan RTM 1994, Nadiaross Juara Bintang Klasik 2019, Klon A Ramlee dan Klon Ramli Sarip.

Jelas beliau walaupun program tersebut dilaksanakan secara fizikal namun ianya HANYA melibatkan penyertaan daripada peserta yang telah lengkap dos vaksin COVID-19 selain mematuhi Prosedur Operasi Standard, SOP yang telah ditetapkan.

Joraini menambah pelaksanaannya juga dibuat secara maya menerusi platform media sosial seperti Facebook dan YouTube.

Program SANTAI MUDA MUDI MIRIfm 2021 akan diadakan bermula pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang manakala program SANTAI MUDA MUDI MIRIfm 2021 pula akan bermula pada pukul 8.00 hingga 10.00 malam.

Sementara itu raptai untuk program tersebut akan diadakan  di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada malam ini.

Program berkenaan akan dirasmikan oleh Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak Abdull Hadi Mohd Yusoff.